e-Penyata Gaji

INILAH WARGA PENDIDIK SMK SEMENCHU

SMK Semenchu di Paktu Pagi!

KEPERCAYAAN vs ALASAN


Diberikan kepercayaan oleh rakan-rakan guru dalam segala hal merupakan satu motivasi yang tinggi oleh seseorang guru. Dalam keadaan ini guru akan sentiasa "laparkan" ilmu dalam pelbagai bidang untuk memantapkan dirinya.


Usaha guru-guru pasti tiada tandingannya. hanya pelajar-pelajar saja yang perlu merealisasikan dalam bentuk yang lebih baik di masa akan datang hanya untuk masa depan mereka. Guru juga ada anak dan ada ketikanya guru menjaga anak murid lebih daripada anaknya sendiri


tetapi setiap guru percaya bahawa anak-anaknya akan diajar dan dijaga oleh guru mereka sebagaimana mereka menjaga pelajar mereka di sekolah



Kita sebagai guru...
akan tetap terus menjalankan amanah yang diberi.

Kita sebagai guru...

akan tetap mengenang siapa yang mengajar kita

tulis baca sehingga kita menjadi guru...

Kita sebagai guru

tetap berterima kasih kepada guru-guru lain

yang mengajar anak-anak kita sendiri....

kita sendiri tak mampu mengajar anak-anak kita sendiri... (jangan tipulah....)

Kita sebagai guru

tetap akan berusaha melahirkan barisan pemimpin masa depan.



WALAU APAPUN "mereka-mereka" KATA TENTANG DIRI KITA SEBAGAI 'CIKGU'

BILA GURU BERSUARA


Mungkin ada guru yang kecewa, ada guru yang "frust", ada guru yang marah namun ada semuanya untuk masa depan pelajar-pelajarnya. Apabila mereka melangkah keluar pagar sekolah pada hari terakhir mereka, mereka akan merasai nikmat kehidupan yang tiada tolok bandingnya berbanding tugas guru yang kerap memikirkan mereka semasa bersekolah. Bagi guru setiap tahun pelajarnya berganti, stail dan kaedah terbaik sentiasa di fikirkan untuk pelajar-pelajarnya.

- masuk ke kelas dengan persediaan
- memastikan objektif tercapai
- marah untuk pelajar yang cuai, leka dan malas
- bimbing mereka yang lemah
- betulkan akhlak sebelum menjadi bijak
- menyayangi pelajar-pelajarnya

"ANDAI KITA TAK PERNAH KASIHAN KEPADA PELAJAR KITA, KASIHANLAH PADA MASA DEPAN PELAJAR KITA KERANA MUNGKIN ANAK-ANAK KITA PULA AKAN BERJUMPA MEREKA SEMUA"

PENGORBANAN GURU

"PEMBINA ANAK BANGSA DENGAN NIAT, RASA, HARAPAN DAN PERASAAN DAN BUKAN dengan yang lain WALAUPUN PELBAGAI KECAMAN, PENGHINAAN DAN TANGGAPAN YANG SALAH"

Adakah dengan pelbagai sebab dan andaian seorang guru itu patut mengalah kepada situasi yang dihadapi. Mungkin terdapat kesilapan sebagai manusia tetapi sebagai guru mendidik itu amat berkepentingan dalam kehidupannya.

kekadang anak sendiri pun tak mampu ditegur sebagaimana menegur dan mengambil berat anak orang....pelajar sendiri.

mana lebih besar tanggungjawabnya...sebagai guru atau sebagai ayah/emak

persoalannya: adakah penghormatan atau pemahaman terhadap tanggungjawab guru yang perlu dilihat?

kita fikirkanlah

SEMUANYA BERMULA DISINI

Saya mulakan disini dengan pelbagai andaian dan perasaan yang bercampur baur. Namun tanpa langkah pertama bagaimana untuk meneruskan langkah selanjutnya.

"MEMULAKAN LANGKAH PERTAMA ADALAH SESUATU YANG PALING SUKAR BAGI MENERUSKAN PERJALANAN"

Saya memulakan blog di sini dengan sikap kita yang sering berasa sukar untuk memulakan sesuatu yang baru kerana kita biasanya sering mengikut sahaja tanpa rasa berani untuk memulakan sesuatu. Tak tahu kenapa kita orang melayu rasa begitu...kebanyakkannya.

Kita lebih selesa untuk mengikut mungkin kerana kalau berjaya kita menjadi sebahagian dari kejayaan itu dan kalau permulaan itu gagal kita hanya pengikut bukan orang yang membuat jadi kita tak "kene" apa-apa dengan kata lain tak perlu bertanggungjawab.

apakah kita akan terus begini.....fikirkanlah