e-Penyata Gaji

KENAPA KITA MALAS


Kita malas kerana kita kurang keseronokan dalam diri, itu puncanya.
Keseronokan yang cemana? Rasa gembira saat melakukan sesuatu dan rasa enjoy setiap kali melakukan sesuatu.
Sesuatu yang saya maksudkan mungkin adalah hobi Anda, sukan yang Anda minati atau perbuatan berulang yang melekat pada diri Anda. Ada orang minat menyanyi, main games komputer, minat menulis atau minat melukis.
Bagi saya, saya minat berbasikal, menulis, membaca dan menyanyi-nyanyi kecil. Sometime bila dah malas benar, melalak ada juga sekali sekala. Lepas tu, baru rasa malas hilang, berganti dengan rasa bersemangat.
Bagi sesetengah orang apa yang saya minati nampak janggal, tapi itulah sebenarnya diri saya.
Terimalah hakikat apa yang kita lakukan tak selalunya ngam dengan mata semua orang sebab mereka ada tafsiran masing-masing terhadap tabiat kita. Tugas kita pula, biar ada pendirian, jangan terlalu ikut telunjuk orang lain kerana kita akan hilang jati diri.
Kita boleh terima pendapat orang lain, kritikan orang lain.
Tetapi, fikir dulu, tapi dulu baru terima untuk diri sendiri sebab bila kita ambil semuanya, identiti kita akan bercampur-campur, akhirnya kita keliru lalu hilang arah.
Ok, berbalik pada kisah saya. Saat bangun pagi, memang malas rasanya.
Masuk waktu tengahari, tiba-tiba pula malas dan mengantuk menyerang. Bila selepas isyak, datang lagi rasa malas, saat itu teringin nak melupakan sekejap tugas-tugas juga tanggungjawab yang mesti dibuat.
Jika keadaan yang sama berlaku pada Anda, perlu faham, saat ini minda cuba menguasai Anda, kesannya Anda terdorong untuk merasa khayal. Kita perlukan sesuatu untuk melawannya, lalu menghilangkan rasa mengantuk.
Saat minda aktif atau sedang menumpu pada sesuatu perkara, perbuatan, situasi, analisa atau benda, minda akan menjadi sedikit cergas, maknanya gelombang minda berada di antara gelombang Alpha dan Beta. Jika gelombang minda berada pada paras selepas gelombang Alpha, itu maknanya Anda sedang mengantuk, malas, kurang bertenaga atau kurang bersemangat.
Untuk melawannya, kita perlu fokus pada perbuatan, sikap atau perkara yang kita suka buat. Beri masa khusus, misalnya dalam 30 minit, 45 minit atau satu jam.
Selepas itu, baru kembali semula pada pekerjaan asal kita. Hanya fikiran positif, yang baik-baik saja dapatmenghalangnya.
Cara lain, paksa diri untuk jadi bertenaga. Memula buat memang agak mencabar, lama kelamaan bila dah biasa paksa diri jadi bertenaga dan tak layan malas, akan jadi terbiasa akhirnya.