skip to main |
skip to sidebar
I made this widget at MyFlashFetish.com.SERAMAI 164 ORANG PELAJAR TERLIBAT. BERSIFAT FUN AKADEMIK DI SAMPING PENGISIAN ROHANI SEPERTI SEMBAHYANG HAJAT DAN QIAMULLAIL.
Bulan Ogos hampir meninggalkan kita, teringatkah kita pada kemerdekaan kita... Kalau kita ingat...pada kita kecil-kecil dulu kita merasa kesusahan walaupun bukan kesusahan giler... Sekarang bila kita dah jadi guru ni...rasa juga sedikit keselesaan berbanding dengan pekerjaan yang lain. Kita telah berusaha untuk mengubah diri kita untuk merasai nikmat yang sebelum ini mungkin tidak pernah terbayang kat benak kita...ataupun memang kita dah mempunyai cita-cita begitu gamaknya.
Pelajar kita sekarang!
Keselesaan memang sudah ada pada mereka tetapi... yang menjadi persoalan
Bagaimana mereka menggunakannya untuk menambahbaik kehidupan mereka? Kenapa mereka kurang mampu bersaing sesama sendiri...syahdan diri mereka sendiri?
Bila mereka akan menyedari bahawa keselesaan sekarang bukan hak mereka kerana ianya usaha ibu bapa mereka sahaja untuk mereka?
Mampukah mereka meneruskan hidup survival sesuai dengan zaman mereka?
ini adalah sebahagian persoalan dari sekian banyak persoalan yang bermain di benak fikiran ini. Guru-guru akan memberikan bukan sahaja pelajaran yang bersifat akademik tetapi pengisian JERI itu akan terus ditanamkan pada diri setiap pelajar.
"PELAJAR-PELAJARKU BERUSAHA HINGGA KAMU MERASA KEPERITAN SEKARANG
KERANA
KESUSAHAN YANG SINGKAT AKAN LEBIH BERMAKNA APABILA KAMU AKAN MERASAI NIKMAT KESENANGAN YANG PANJANG"