e-Penyata Gaji

SAJAK SIAPA AKU...KISAH ANAK KURANG KASIH SAYANG

SIAPA AKU?
(Ihsan familiharmoni.blogspot)

Waktu kecilku
Kuhampirimu
Hanya untuk pelukan
Dan kasih sayangmu
Tetapi yang kuterima

Teddy Bear sebagai gantimu
apabila kusedih, runsing dan keliru,
aku hampirimu lagi
untuk nasihat, kasih sayang,
air muka, kata-kata yang merdu,

aku hauskan pelukanmu,
aku ingin mendengar
kasih sayangmu
tetapi yang kuterima

permainan sebagai gantimu
hati kecilku sentiasa ingin tahu
apa tu yah? Apa tu bu?
mengapa tu yah? mengapa tu bu?

dunia inginku terokai
dunia inginku kenali
supaya aku kenal siapa aku
tetapi ayah penat
ibu pula sibuk dan tak tahu

bukan sudah ayah belikan permainan
apa lagi yang kaumahu?
masa yang singkat aku bersamamu
hanyalah di dalam kereta
untuk dihantar aku pulang
dari rumah jagaanku

itupun tidak selalu
kerana biasanya aku dikirim
atau dipajakkan
kepada orang yang bukan ayah ibu

ada masanya di dalam kereta
kupenat, kulesu bermain...sepanjang hari
ibu, ayah juga bekerja
sepanjang hari

suasana dalam kereta
fana, sunyi dan sepi
tiada apa yang berbunyi,
akhirnya TV, video dan kartun
menjadi kawan karibku
menjadi penghibur hatiku
mententeram perasaanku
mengganti tempat ayah, ibu

sekarang aku telah dewasa
ibu ayah pula sudah tua
aku pula membawa ibu ayah dalam kereta
tiada satu yang aku cepat perkatakan
ibu ayah juga sunyi sepi sepi seperti biasa

hanya yang kutanya
apa ayah ibu nak makan
ke mana ayah ibu nak pergi
atau doktor mana
ibu ayah nak temui

aku terus leka dengan permainanku
sekarang merupakan keretaku
mobile telefonku atau kayu golfku

sementara ayah ibu
hanya sekarang
cuba mendampingiku
cuba beri kasih sayang padaku
tetapi aku tidak mengertinya

kerana itu bukan bahasaku
aku tidak memahaminya

KERANA BELUM MENGENAL
SIAPA AKU?
Kita sering didendangkan dengan superhero-superhero barat yang mempunyai kekuatan luarbiasa dan mampu menyelamatkan dunia. Sewaktu kecil kita kadang-kadang menjadikan superhero ini idola kita kerana kita tidak memahaminya.

Kini kita menjadi seorang guru yang setiap hari memikirkan bahawa kita mampu untuk melahirkan superhero di kalangan anak murid kita. Walaupun dengan kemampuan yang terhad yang ada pada pelajar-pelajar kita di sekolah biasa, setiap hari, setiap bulan dan setiap tahun kita akan berusaha untuk mewujudkan sekurang-kurangnya seorang superhero di kalangan pelajar yang ada.

Syabas dan tahniah kepada semua warga SMK Semenchu yang sentiasa berusaha untuk melahirkan superhero SMKS yang akan kita hantar keluar untuk menakluk dunia. Sesungguhnya walaupun bukan untuk menyelamatkan kita seorang sebagai guru, kita berharap mereka yang kita lahirkan sebagai superhero akan mampu menyelamatkan diri mereka sendiri, maka kita bukan melahirkan seorang superhero tetapi ramai idola kita masa kecil dengan watak dan acuan kita.

TERIMA KASIH, SYABAS DAN TAHNIAH GURU-GURU

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE 51 DAN SELAMAT BERPUASA 1429H


I made this widget at MyFlashFetish.com.


Kemenangan serentak kita pada tahun 2008 yang mana kemerdekaan ke 51 disambut dengan awal ramadhan 1429H. Dengan cuti panjang selama 4 hari diharapkan semua warga SMK Semenchu akan dapat menjalankan ibadah puasa dengan penuh keberkatan